Morfologi dan Sintaksis (Tatabahasa) & Teknik Penulisan Karangan

19 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 18 April 2026, telah berlangsungnya Webinar NADI X DILEA_Morfologi dan Sintaksis (Tatabahasa) & Teknik Penulisan Karangan. Webinar ini berlangsung di NADI Pokok Jawi, bermula pada pukul 02:30 petang sehingga pukul 04:30 petang.

Satu aktiviti pembelajaran telah dijalankan bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam aspek morfologi, sintaksis serta teknik penulisan karangan. Sepanjang webinar, pelajar didedahkan dengan pembentukan kata, penggunaan imbuhan, serta pembinaan ayat yang gramatis.

Selain itu, pelajar turut dibimbing dalam teknik menghasilkan karangan yang baik merangkumi penulisan pendahuluan, pengembangan isi dan penutup yang berkesan. Aktiviti latihan dan perbincangan telah dilaksanakan bagi mengukuhkan pemahaman pelajar.

Secara keseluruhannya, pelajar menunjukkan penglibatan yang baik dan tahap kefahaman yang memuaskan, namun masih memerlukan latihan berterusan untuk meningkatkan kemahiran tatabahasa dan penulisan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali